Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 11, 2014

2 comments
Kumar dalam keadaan terkejut setelah dibelasah oleh penduduk kampung.

  • Suresh Kumar ditangkap ketika menolak seorang remaja perempuan kearah dinding
  • Dia kemudiannya diheret ke kedai pemotong daging dan dipukul selama sejam dengan kayu
  • Kemudian kemaluan lelaki itu dipotong dengan menggunakan pisau pemotong daging.

India - Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba merogol seorang remaja perempuan kini berada di dalam keadaan kritikal setelah kemaluannya dipotong oleh penduduk tempatan menggunakan pisau pemotong daging.

Setelah mendapati lelaki berusia 40 tahun itu menolak remaja perempuan itu ke dinding, segerombolan warga tempatan yang mendengar jeritan perempuan itu mengheret lelaki berkenaan ke kedai daging berdekatan dimana lelaki berkenaan dipukul dengan kayu selama satu jam sebelum memotong kemaluan lelaki berkenaan.



Penduduk kampung kemudiannya membuang bahagian badan Kumar yang telah dikerat ditengah-tengah jalan dan meninggalkan Kumar dalam keadaan cedera parah.



Aamir Dhawan, seorang penduduk berkata " Tak ada sesiapa yang mahu menolong Kumar kerana mereka tahu dia telah dihukum atas kesalahannya".

Menurut Dhawan  lagi, sebelum ini banyak kes jenayah yang terjadi keatas perempuan dan perkara ini patut dihentikan - SiakapKeli.com

Sumber : dailymail

2 comments:

  1. Kasi sama dia. Inilah hukuman yg setimpal yg patut diajar bh insan yg mpunyai k... kawag mcm ni.

    ReplyDelete