Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 11, 2014

One Comment


PETALING JAYA – Walaupun penganjuran Oktoberfest dikecam pelbagai pihak, namun pesta arak yang didakwa tidak menghormati sensitiviti umat Islam tersebut tetap dikunjungi ramai terutamanya penduduk tempatan.

Tinjauan di tingkat empat tempat letak kereta pusat beli-belah 1 Utama dekat sini mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut seawal pukul 5.45 petang sebelum dibenarkan masuk pada pukul 6.15 petang.

Selain pengunjung tempatan, pesta tersebut turut disertai pengunjung luar negara terutamanya dari negara barat.

Bagi menggamatkan aktiviti tersebut, para pengunjung turut disajikan lagu pesta arak yang dimainkan dalam bahasa asing dan lagu-lagu rancak selain dibekalkan pelbagai jenis arak dan makanan barat.

Sumber Kosmo! yang berada di sana selama dua jam turut mendapati pihak penganjur mengenakan kawalan ketat di pintu masuk pesta tersebut bagi mengelakkan umat Islam dan individu bawah umur menyertai pesta yang diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Setiap pengunjung perlu mendaftar di kaunter masuk dengan menunjukkan kad pengenalan kerana pihak penganjur melarang individu beragama Islam dan di bawah umur 18 tahun menyertai pesta itu yang diawasi polis bantuan pusat beli-belah berkenaan. - Kosmo!

1 comments:

  1. Kate x dpt permit tp mcmmn pulak boleh terlepas buat party ni??

    ReplyDelete