Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 21, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Beberapa orang rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara mendakwa mereka tidak nampak sebarang pemeriksaan kesihatan wabak Ebola atau pengimbas suhu di lapangan terbang atau pintu masuk.

“Pramugari menyembur bahan penyahjangkit dalam penerbangan sebelum mendarat, tetapi apabila melewati pintu pagar automatik di lapangan terbang, pegawai kesihatan atau pengimbas tidak kelihatan,” kata seorang guru Kho Wai Mun, 46, yang mendarat di KLIA2 selepas pukul 10 malam Ahad.

Wai Mun berkata tiada warga Afrika dalam penerbangannya dari Mongolia dan Malaysia yang transit di Korea Selatan itu.

“Walaupun ancaman terhadap virus Ebola adalah rendah di sini, tahap kesedaran perlu ditekankan,” tambahnya.

Penumpang lain, Ooi Chin Hooi, 53, yang tiba pada pukul 7.30 malam hari Ahad dari Hong Kong juga menyatakan bahawa tiada pemeriksaan dijalankan di booth kesihatan.

Ahli perniagaan Mel Hui, 39, berkata dia dan suaminya Leslie Ho, 40-an, juga tidak melihat seseorang mengendalikan booth kesihatan apabila mereka terbang pulang dari Bali pada 13 Oktober pada pukul 5.15 petang.

Ho, berkata pemeriksaan juga tidak dilakukan di pos pemeriksaan Johor Baharu ketika dia memandu dari Singapura.

Bagaimanapun, dia berkata ketibaan pelancong dari negara-negara Afrika adalah rendah di negara ini, berbanding Singapura, Taiwan dan Hong Kong di mana pemeriksaan yang lebih ketat dilakukan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pegawai yang dilihat oleh beberapa penumpang di booth kesihatan KLIA telah ditugaskan untuk melihat gambar dan membuat pengesanan pada monitor.

“Mana-mana penumpang yang dikesan mempunyai demam seperti yang dipaparkan pada monitor akan didekati untuk pemeriksaan lanjut,” katanya, sambil menambah pemeriksaan Ebola dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen.

“Kami juga menggesa rakyat Malaysia yang tiba dari negara terjejas melaporkan kepada kakitangan kesihatan untuk saranan lebih lanjut,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment