Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 6, 2014

No Comment



Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk pen atau ‘ball pen gun’ di tangan meletup dan terkena dadanya dalam kejadian berhampiran pasar tamu, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai bertemu beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penumpang di pasar berkenaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba, rakannya terdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah.



“Rakannya memaklumkan ‘ball pen gun’ itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu dadanya sakit. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment