Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 12, 2014

2 comments

Satu kesilapan yang agak memalukan bagi pihak Siaran Stesen Televisyen Radio Malaysia (RTM) telah berlaku hari ini ketika penyampaian beritanya. Apa yang berlaku ialah mereka tertulis pekataan Ijazah sebagai Jenazah.

Bagaimanapun kesilapan tersebut sempat dirakam oleh penonton dan kini sudahpun menjadi viral di internet. Kesilapan itu berlaku dalam rancangan berita pagi tadi yang menceritakaan tentang kegembiraan dua beradik kembar menerima Ijazah dalam satu konvokesyen.

“Dua pasangan kembar rai saat gembira terima ‘jenazah’,” itulah tulisan yang tertera ketika gambar dua beradik tersebut di kaca televisyen.

Berdasarkan pemerhatian kami, gambar tersebut sudah pun viral di internet termasuk media sosial yang mana mungkin menjejaskan reputasi RTM.

Sebagai media yang besar seharusnya lebih berhati-hati akan perkara ini. Bagaimanapun tiada manusai yang tidak pernah melakukan kesilapan. - Siakapkeli.com

2 comments: