Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 16, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Skuad Projek 2016 masih belum mendapat ilham untuk mencari kemenangan pertama apabila kecundang kepada Britain 3-2 pada Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun, Piala Sultan Johor, malam ini.

Pasukan pelawat mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Benjamin Boon pada minit kelima, David Goodfield (m-6) dan Luke Taylor (m-62) manakala dua gol skuad negara sumbangan Muhammad Haziq Samsul (m-36) dan Shahril Saabah (m-65) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini.

Kekalahan tipis ini juga bererti peluang anak didik Arul Selvaraj untuk melangkah ke final kini sudah tertutup berbekal satu mata daripada tiga perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Australia menguatkan laluan ke final menewaskan New Zealand 4-3 manakala India membelasah pasukan tetangga, Pakistan 6-0.

KEPUTUSAN

Australia…….4 New Zealand……3

India…………..6 Pakistan………….0

MALAYSIA…..2 Britain………….. 3

KEDUDUKAN

P M S K J B Mt

Britain 3 3 0 0 10 2 9

Australia 3 2 1 0 7 5 7

India 3 2 0 1 8 3 6

New Zealand 3 0 1 2 5 7 1

MALAYSIA 3 0 1 2 4 6 1

Pakistan 3 0 1 2 1 12 1

- BH Online

0 comments:

Post a Comment