Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 3, 2014

No Comment

SEPANG – Tafakur selama seminit berlangsung pada istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kali ini untuk lima jenazah yang tiba pagi Jumaat.

Selain hadirin di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa, penghormatan yang diberi pada jam 8.58 pagi itu turut membabitkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Kumpulan keenam mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang dari Belanda adalah ahli keluarga terakhir keluarga Allahyarham Tambi Jiee, Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, Liew Yaw Chee, Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke KLIA ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia terkorban. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment