Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 2, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Tiga lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan didakwa berhubung kes rasuah dalam melepaskan barangan seludup yang tidak diisytihar cukai di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, tiga pegawai yang akan didakwa itu adalah antara 30 pegawai yang disyaki terlibat dalam skandal rasuah berkenaan.

Katanya seorang daripada pegawai itu turut berdepan dakwaan kes penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Bagaimanapun, pendakwaan hanya akan dilakukan apabila dua daripada pegawai itu kembali sihat setelah mengalami demam denggi," katanya.

Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota JKDM ditahan sejak 2 Sept lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah membabitkan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Daripada jumlah itu, 25 orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat.

Penahanan semua individu itu hasil pemantauan lebih setahun di kawasan PKFZ. ─ myMetro online

0 comments:

Post a Comment