Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 4, 2014

No Comment

ISTANBUL – Turki akan melakukan apa saja untuk menghalang bandar Kurdis, Kobani yang terletak di sempadan Syria, daripada jatuh ke tangan pemberontak Negara Islam (IS), kata Perdana Menterinya Ahmet Davutoglu.

Terdahulu Parlimen memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas IS di seberang sempadannya dan membenarkan pasukan tentera pakatan antarabangsa melancarkan operasi dari wilayah Turki.

“Kami tidak benarkan Kobani jatuh. Kami akan buat apa saja bagi menghalang ini daripada berlaku,” tegas Davutoglu dalam perbincangan dengan wartawan yang disiarkan menerusi stesen televisyen ‘A Haber’.

Pejuang IS terus mara dalam lingkungan beberapa kilometer ke pusat bandar Kobani dari tiga penjuru semalam dan menguasai beratus-ratus kampung di sekitar bandar dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan lebih 150,000 rakyat Kurdis Syria melarikan diri ke Turki. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment