Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 20, 2014

No Comment

KUANTAN – Penduduk sekitar Kampung Pandan dinasihatkan agar berwaspada dengan kewujudan tabung derma masjid palsu yang diletakkan di sebuah kedai makan di sini.

Ketua Kampung Pandan 2, Abdul Radzi Ahmad berkata, hasil makluman orang kampung, tabung yang tertulis perkataan ‘DERMA MASJID KG PANDAN 3′ tersebut mencurigakan kerana Masjid Kampung Pandan 3 tidak wujud.

Menurutnya, dia lantas menghubungi nombor telefon yang tertera pada tabung itu, bagaimanapun tidak berjawab.

“Tidak syak lagi tabung ini tabung palsu digunakan individu bagi meraih keuntungan peribadi.

“Sebelum ini, ada yang tidak perasan dan terus menyumbangkan duit ke dalam tabung untuk membantu pengurusan masjid.

“Setiap pagi ada seseorang yang akan meletakkan tabung tersebut di kedai makan itu, dan sebelah petang akan mengambil semula. Begitulah rutin harian sehingga ada pihak yang curiga,” katanya.

Abdul Radzi berkata, tidak mustahil individu tersebut boleh meraih pendapatan RM100 sehari dengan meletakkan tabung tersebut di kedai.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan perkara ini kepada pihaknya untuk tindakan lanjut jika terlihat insiden yang sama.

“Laporan polis akan dibuat tidak lama lagi bagi mengesan individu tidak bertanggungjawab agar tiada lagi tertipu dengan kewujudan tabung palsu itu.

“Saya kesal apabila nama masjid diletakkan untuk kepentingan sendiri walhal, masjid tidak mendapat sebarang faedah daripada perbuatan ini.

“Derma yang seharusnya menjadi milik masjid ini disalahgunakan dan mungkin tiada orang yang akan percaya untuk menderma kepada tabung sebenar lagi kerana bimbang ditipu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut memberi amaran kepada individu ini untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut yang akhirnya akan membawa balasan kepada diri sendiri. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment