Kepada gadis-gadis yang mengalami kejutan budaya, terutamanya yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA or IPTS... sila baca... hehe
1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan
budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak
baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada
wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada
berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai
pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan
terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai
pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika
hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik
seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat
wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya
menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil
kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika
memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula
banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang
terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa
pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan
berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"
3. Membuka leher dan dada
Setelah
menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan
berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang
merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu
tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun
memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang
nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak
cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan
berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang
ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu
tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab
potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju
berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai
semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah
memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik,
"Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa
terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut.
Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan
sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita
yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam
bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan
berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini
masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga
di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk
memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan
memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang,
wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih
kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen
kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba
fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu
beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan
sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan
tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita
ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan
wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan
mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak..
Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan
menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang
seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di
pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis.
Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita
tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah
pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi
syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang
seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih
seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan
skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan
seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek,
merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk
berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan
sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul pula
keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan
berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu.
Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini
yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria
terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya
sudah tidak diendahkan lagi.
Tuesday, May 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment