Beliau juga ada menyebut tentang kajian beliau di Sungai Duyung, Pulau Singkap untuk mencari bukti kewujudan Hang Tuah dan mengesahkan pahlawan ini berasal dari suku kaum yang digelar 'orang laut Sekanak'. Kajian ini sekaligus menunjukkan fakta yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud sama sekali tidak boleh dipakai.
Beliau yang memegang jawatan sebagai senior fellow di Centre for Policy Research and International Studies, Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata kewujudan Hang Tuah banyak di sebut dalam karya sastera dari Indonesia, Kemboja, China dan Jepun sekaligus menyokong fakta ini.
3,4 bulan lepas, seorang pakar sejarah terkenal, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, mengeluarkan kenyataan yang laksamana Hang Tuah, empat rakannya dan Puteri Hang Li Po tidak pernah wujud. Beliau mahukan teks sejarah ditulis semula bagi menyelaraskan dengan fakta dan bukannya mitos atau lagenda. Tiada rekod yang menunjukkan pahlawan Melaka itu benar-benar wujud, katanya.
Jadi mana satu kita nak percaya ni. Nak baca kat internet? Penulis cuba rujuk beberapa artikel tentang perkara ni di blog dan forum. Bermacam cerita yang ditimbulkan. Ada yang mengatakan Hang Tuah sememangnya wujud tetapi berasal dari cina, kerana menggunakan nama yang agak pelik dan tiga suku kata kecuali Kasturi. Tuah, Lekir, Lekiu, penulis sendiri tak pernah dengar sebahagian nama pahlawan ni.
Dan ada yang menidakkan fakta ini berpendapat Hang Tuah itu cina dari segi nama tidak boleh digunapakai, Munsyi Abdullah, menggunakan nama Arab tetapi beliau adalah orang Melayu. Dan beberapa contoh lagi. Betul jugak.
Mempertikaikan Hang Tuah wujud atau tidak satu konspirasi?
Mungkinkah pertikaikan wujud nya Hang Tuah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan Melayu? Mungkin juga bermotif politik. Ada ura-ura yang mengatakan buku teks sejarah sekolah menengah yang berkait dengan sejarah pahlawan Melayu ini akan dirombak dan dicetak semula. Ada projek kat situ
Terlalu banyak pihak yang bertelagah tentang sejarah Hang Tuah ini samada wujud atau tidak, sekadar mitos atau lagenda?. Pendapat penulis sendiri kalau nak bercerita bab sejarah tanpa bukti yang betul-betul kukuh memang susah nak disahkan. Setakat manuskrip tidak mustahil ia boleh di ubah.
Memang sejarah itu tidak patut kita lupa, tapi daripada kita letih bergaduh pasal sejarah yang memang tidak boleh diubah tu baik lah kita sama-sama fikirkan macam mana nak mengubah masa depan negara kita yang masih samar-samar lagi ni. Fikirkanlah hal kaum Melayu yang tidak pernah habis bertelagah, rasuah yang berleluasa, riba dan macam-macam lagi.
0 comments:
Post a Comment