Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang
lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia. Kejadian berlaku di
Afgoye, 32 kilometer dari Mogadishu.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman
Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan
kesalahan selepas siasatan dilakukan. Seorang wanita yang mengaku
melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang
dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati
penembaknya yang telah ditangkap.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang
sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati. Lagi gambar :
0 comments:
Post a Comment