KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman
wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal
pagi 13 Ogos lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata
lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak
Jaya. “Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem
Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari
ini.
Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat
bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai
menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya,
menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.
Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment