KUALA LUMPUR – Sebanyak 161 kes membabitkan kesalahan lori lebih muatan
telah didakwa antara Januari dan September lepas, demikian menurut
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan SPAD hari ini, daripada 161 kes yang
didakwa itu, sebanyak 12 kes telah dilepaskan tanpa dibebaskan manakala
10 kes dikeluarkan waran tangkap dan selebihnya disaman.
Lebih 70 peratus kes yang didakwa adalah berhubung membawa lebih 50 peratus muatan yang dibenarkan.
Menurut SPAD, kes muatan paling tinggi sehingga kini adalah 138 peratus melebihi muatan.
Bagi mengatasi masalah kerosakan jalan raya dan kemalangan yang berpunca
daripada lori lebih muatan, satu pekeliling berhubung muatan lori yang
dibenarkan dibawa di atas jalan raya akan berkuat kuasa mulai 25
September ini. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment