SHANGHAI – Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk
mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama
lima hari.
Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan
penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks.
Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23
sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan
endoskop.
Doktor, Yao Liqing berkata, “Sekiranya kami tidak mengeluarkan dildo itu pada masanya, keadaan pesakit boleh kritikal.”
Objek itu menyekat usus besar lelaki itu menyebabkan kerosakan tisu.
Sekiranya prosedur itu gagal, doktor mungkin terpaksa melakukan
pembedahan, kata Doktor Yao seperti yang dipetik oleh akhbar Shanghai
Daily.
Kedai menjual alat seks dan kontraseptif biasa terdapat di bandar di
China, di mana kebebasan seksual dan budaya konsumerisme semakin
berleluasa di dalam negara yang diperintah komunis ini.
Akhbar itu berkata, pengamal perubatan memberi amaran kepada orang ramai
untuk menurut cara yang betul ketika menggunakan alat permainan seks. –
AFP
0 comments:
Post a Comment