Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 12, 2012

No Comment
Sanggup Rompak $1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara
Sanggup Rompak $1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara - Pennsylvania : Hanya kerana ingin masuk penjara, seorang lelaki sanggup berbuat apa sahaja termasuk merompak $1 dolar daripada sebuah bank, AmerServ Financial.
Jeffrey McMullen, 50, yang ingin masuk penjara persekutuan di situ, telah menyerahkan nota kepada dua kerani bank, menuntut wang berkenaan.
Pada mulanya, kerani di bank itu mendapati ia hanya satu gurauan.
Namun selepas dia bersungguh-sungguh dan memaklumkan itu adalah satu rompakan, barulah mereka percaya.
Menurut polis, McMullen ingin didakwa supaya dia boleh dipenjarakan di penjara yang terletak di tengah Pennsylvania.
Punca utama dia ingin masuk penjara, tidak dapat dikenalpasti.
Bagaimanapun, McMullen yang kini menunggu kesnya dibicarakan, telah dirujuk untuk penilaian mental.
Dia juga dikenakan ikat jamin sebanyak $50,000. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment