Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 1, 2013

No Comment
Jet Israel


Beirut – Pesawat Israel kelmarin mengebom sebuah konvoi disyaki membawa senjata antipesawat untuk pejuang Hizbullah di wilayah Syria.
Serangan itu dilancarkan selepas “Sasaran sebuah trak penuh senjata yang dihantar dari Syria ke Lubnan,” kata diplomat Barat yang menambah ia juga dipercaya membawa senjata kimia.
Sumber pemberontak Syria berkata, serangan udara itu berlaku pada awal pagi lima kilometer ke selatan dekat lebuh raya Damsyik-Beirut.
Panglima Tentera Udara Israel, Mejar Jeneral Amir Eshel, berkata pihaknya terbabit dalam kempen serangan sulit ‘di antara beberapa medan perang.’
“Kempen serangan ini setiap hari, 365 hari setahun. Kami bertindak untuk mengurangkan ancaman, mewujudkan keadaan untuk kami menang peperangan,” katanya beberapa jam sebelum itu.
Pegawai serantau berkata, bekalan senjata itu turut membabitkan peluru berpandu SA-17.
Jika pejuang Hizbullah memilikinya, senjata itu dapat menembak jatuh pesawat, helikopter dan pesawat kawalan jauh Israel.
Israel mengesyaki Syria membeli senjata itu dari Russia selepas serangan udaranya pada 2007 memusnahkan sebuah reaktor nuklear yang sedang dibina.
Tentera Syria pula menafikan sebarang kewujudan bekalan itu sebaliknya berkata sebuah pejabat penyelidikan saintifik di luar Damsyik dibom pesawat Israel.
Agensi berita Associated Press (AP) berkata, banyak pihak di Israel bimbang, Presiden Syria, Bashar Assad, boleh membalas dendam jika hilang kuasa dengan menyerahkan senjata kimia dan peralatan lain kepada Hizbullah. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment