Ahli kumpulan wanita Girls Generation, YoonA, membuat pengakuan mengejutkan menerusi program Hello.
YoonA mengakui dia berhadapan dengan masalah penuaan dan wajahnya kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
"Di usia 20 tahun ini, saya agak bimbang mengenai wajah. Ia kelihatan lebih tua berbanding usia saya.
"Semasa saya di bangku sekolah lagi, saya menyedari hal ini dan ramai meneka umur saya melebihi usia sebenarnya," katanya.
Keluhan ini mengejutkan peminat bintang itu kerana selama ini, YoonA terkenal sebagai selebriti yang memiliki wajah yang menarik dan muda.
0 comments:
Post a Comment