Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 13, 2013

No Comment

Buang Duit Kerana Sangka Wang Palsu
Buang Duit Kerana Sangka Wang Palsu - China : Sebuah keluarga di wilayah Anhui hampir berputih mata dan hampir kehilangan wang simpanan mereka selepas anak mereka yang berusia enam tahun membuangnya melalui tingkap rumah.
Knaak-kanak itu yang menemui wang berjumlah lebih RM5,000 itu di dalam laci almari, kemudiannya membuang wang tersebut ke luar tingkap kerana menyangka ia adalah wang palsu.
Wang tersebut disimpan di dalam almari oleh keluarga terbabit untuk perbelanjaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Kejadian berlaku pada Sabtu lalu ketika bapa budak tersebut keluar bekerja, hanya tinggal isteri dan anak lelakinya di rumah.
Namun wanita itu kemudiannya meninggalkan rumah selama 20 minit untuk ke kedai, sebelum pulang ke rumah dan mendapati wang tersebut telah hilang.
Polis yang menjalankan siasatan menjadi pening, kerana tidak ada tanda-tanda rumah itu dipecah masuk, malah wang tunai berjumlah lebih RM7,000 yang disimpan di laci sebelah wang yang hilang itu, kelihatan tidak terusik.
Memandangkan tiada tanda-tanda rompakan berlaku, polis kemudiannya menyoal penduduk di apartmen berkenaan.
Akhirnya mereka dimaklumkan bahawa pekerja pembersihan telah menemui wang tersebut.
Polis yang kemudiannya menyoal budak tersebut, telah dimaklumkan bahawa dia menyangka wang kertas itu adalah wang palsu dan melemparkannya melalui tingkap.
Nasib baik pekerja pembersihan itu adalah seorang yang jujur. Dia kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada tuan rumah yang kemudiannya menyerahkan wang berkenaan kepada keluarga itu, selepas dimaklumkan oleh polis. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment