Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 12, 2013

No Comment
Dua Remaja Tangkap Ikan Pari Gergasi


Dua Remaja Tangkap Ikan Pari Gergasi
Dua Remaja Tangkap Ikan Pari Gergasi - PASIR PUTEH : Penduduk di Kampung Gong Datuk, dekat sini gempar apabila dua remaja kampung berkenaan yang menahan pukat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat yang dipasang mereka petang semalam.
Pari daripada jenis pari batik dengan ukuran lebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter itu kini menjadi tumpuan seluruh penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini tidak pernah melihat ikan pari besar yang dianggap bersaiz gergasi.
Remaja terbabit, Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, ikan yang tersangkut pada pukat disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd. Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai berkenaan untuk memungut hasil tangkapan selepas pukat itu ditahan lewat petang kelmarin.
Menurutnya, sangkaan awal pukat yang tidak mampu ditarik dari dasar sungai ke atas bot mungkin disebabkan tersangkut pada akar kayu.
“Kami terpaksa berhempas pulas menarik pukat itu sehingga kelihatan bentuk badan ikan pari besar yang tersangkut pada pukat. Nasib kami baik dengan rezeki yang tidak diduga itu walaupun bot kami hampir tenggelam apabila ikan berkenaan cuba melepaskan diri ketika diangkat naik ke atas bot,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Datuk dekat sini petang semalam.
Mohammad Azri berkata, mereka berdua menggunakan pendekatan menarik pukat ke tebing sungai kerana tidak mahu ikan sebesar itu terlepas begitu sahaja.
“Ini kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya dan yang peliknya ia berada di kawasan air tawar sedangkan spesies ikan ini hidupan air masin.
“Saya terpaksa menghubungi ayah supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan berkenaan. Saya anggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat yang ditahan hanya memerangkap ikan kecil,” katanya.
Jurucakap Jabatan Perikanan Kelantan ketika dihubungi berkata, ikan berkenaan hidup dalam habitat pantai dan air payau dan paling banyak ditemui di antara perairan Afrika Selatan hingga ke Australia. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment