Adakah benar pelakon yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia, Diana Danielle sudah selamat bersalin anak sulungnya di sana?
Sebelum ini suaminya, aktor Farid Kamil menerusi video Keek memberikan kenyataan bahawa isterinya dijangka bersalin pada 15 Julai depan dan menafikan khabar angin mengatakan isterinya sudah selamat bersalin anak mereka.
Namun, menerusi laporan Berita Harian semalam ada menyebut khabar angin yang mengatakan ibu Diana sendiri, Norsiah Ramli telah mengesahkan anak perempuan tunggalnya itu telah pun selamat bersalin.
“Khabarnya, ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli pernah mengesahkan kepada teman baiknya seorang VIP, anaknya itu sudah selamat bersalin, sedangkan Farid Kamil menafikannya,” memetik laporan Berita Harian Semalam.
Hmm, mana satu yang betul ni? Kalau betul pun sudah bersalin kenapa mesti disorokkan benda baik tu kan?
Kita tunggu dan lihat je nanti penjelasan daripada pasangan pelakon popular ini kelak.
Untuk makluman semua, Farid dan Diana telah diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo, Ampang.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment