Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 14, 2013

No Comment
Pelakon Lelaki Siri TV Muzikal Terkenal, Glee Ditemui Mati Di Hotel

Pelakon utama dalam rancangan bersiri terkemuka Glee, Cory Monteith telah dijumpai mati di dalam sebuah hotel di Vancouver memetik laporan E! News.
Pelakon berusia 31 tahun itu menginap di Hotel Fairmontn dan telah lewat mendaftar keluar, menurut pegawai polis di Vancouver.
Cory dijumpai mati dan berseorangan di pada tengah hari waktu tempatan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug LaPard, pihaknya tidak akan memberitahu apa yang dijumpai di dalam bilik tersebut malah tiada sebarang kemungkinan ia merupakan satu tindakan jenayah.
Monteith daftar masuk hotel tersebut pada 6 Julai lalu dan dia tidak menetap bersama teman wanitanya yang juga pelakon Glee, Lea Michele.
Tambah LaPard, pelakon itu telah meninggal dunia selama beberapa jam ketika ditemui pihak polis.
Menurut Jabatan Polis Vancouver, rakan kamera liter tertutup menunjukkan Monteith kembali ke bilik hotel berseorangan pada awal pagi.
Dalam pada itu, pihak polis juga masih belum membuat sebarang pengesahan berkenaan punca kematian.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: E! News

0 comments:

Post a Comment