Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 13, 2013

No Comment
Lauren Fagen 

Johannesburg – Gara-gara terlalu rapat dengan seekor singa yang dijaganya, seorang remaja nyaris maut apabila dia dibaham dan cuba diheret ke dalam kandang.

Lauren Fagen, sukarelawan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Moholoholo – membongkok untuk mencium singa berkenaan apabila dia ditarik ke sangkar.
Singa itu membaham paha Lauren, 18, dan cuba diheret masuk ke sangkar sebelum seorang lagi sukarelawan di situ sempat menyambar remaja terbabit dan menariknya keluar. Remaja dari Montreal, Kanada itu pergi ke wilayah Limpopo di Afrika Selatan untuk menjadi tenaga sukarela di pusat pemuliharaan berkenaan kerana minatnya yang mendalam kepada haiwan.
Pusat itu dibuka pada 1991 untuk memulihkan pelbagai hidupan liar Afrika.
Di pusat pemuliharaan itu Lauren diberi tugas membersihkan kandang walaupun sepatutnya tugas itu dilakukan kakitangan terlatih. Lauren sedang memberi makan Duma – singa berusia lima tahun itu – apabila serangan berlaku.

Kata Lauren, dia tidak sedar tangan Duma membolosi kandang berkenaan. “Sebelum ini Duma dan singa lain sangat jinak,” katanya. Walaupun berdepan dengan maut, Lauren yakin singa berkenaan tidak benar-benar berniat mahu menjadikan dia mangsa. Pemeriksaan perubatan mendapati Lauren cedera pada kedua-dua lutut, betis dan paha. Ia adalah serangan ganas pertama di pusat pemuliharaan itu sejak 20 tahun lalu. – Agensi

0 comments:

Post a Comment