Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
SPR Ubah Kaedah Dakwat Kekal

PARA pengundi dikehendaki mencelup jari telunjuk kiri mereka dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Kecil Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, langkah itu sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian yang akan berlangsung pada pilihan raya kecil tersebut.
“Sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan mengundi dua kali, dakwat kekal akan digunakan dalam Pengundian Awal pada 20 Julai ini dan Pengundian Biasa pada 24 Julai 2013.
“SPR tidak lagi menggunakan kaedah mencalit seperti yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebaliknya pengundi perlu mencelup jari telunjuk kiri mereka ke dalam dakwat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Abdul Aziz dalam pada itu memaklumkan hari penamaan calon PRK DUN Kuala Besut pada 12 Julai ini akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja Besut dari pukul 9 pagi hingga 10.
Manakala, katanya, tempoh berkempen PRK DUN Kuala Besut akan bermula selepas hari penamaan calon dan berakhir pada pukul 12 tengah malam, 23 Julai 2013.
Beliau dalam pada itu meminta penyokong parti supaya tidak hadir pada hari penamaan calon atau berkumpul di kompleks berkenaan pada 12 Julai 2013 dan mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti larangan menggunakan alat muzik serta pembesar suara.
Katanya, mereka yang melanggar peruntukkan akta tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
Beliau seterusnya memberitahu SPR akan menubuhkan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk membuat rondaan dan memantau aktiviti berkempen sert menurunkan bahan kempen yang melanggar peraturan.
Tambah beliau, PP-KPR akan turut meminta bantuan polis untuk memberhentikan ceramah oleh calon atau wakil parti politik yang tidak mendapat permit dari Ketua Polis Daerah Besut.

0 comments:

Post a Comment