Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 5, 2013

No Comment
Tentera Filipina

Manila – Lapan gerila komunis dibunuh tentera Filipina dalam pertempuran awal semalam selepas menerima aduan penduduk kampung, kata pegawai.
“Tentera menemui senjata api, bahan letupan dan pelancar bom tangan selepas pertempuran dengan gerila Tentera Rakyat Baru (NPA) di wilayah Sorsogon di tenggara Manila,” kata ketua perhubungan awam tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala.
Menurut Zagala, tiada kematian di pihak tentera dan penduduk di bandar Juban mengadu tentera gerila memeras wang dan mengancam mereka, yang membawa kepada pertempuran itu.
Rundingan untuk mengakhiri pemberontakan komunis selama 44 tahun di Filipina gagal dua tahun lalu apabila kedua-dua pihak tidak bersetuju berhubung pembebasan pemimpin pemberontak. Usaha untuk menghidupkan kembali rundingan dengan Norway menjadi orang tengah juga gagal apabila NPA menolak gencatan senjata.
Ketua perunding kerajaan, Alexander Padilla, berkata bulan lalu pemimpin pemberontak dalam buangan, Joma Sison, sendiri mencadangkan mempercepatkan rundingan dengan mengadakan gencatan senjata dan jawatankuasa dengan kerajaan untuk membincangkan pembaharuan politik dan ekonomi.
Namun Sison menarik diri dan menyalahkan kerajaan kerana kebuntuan itu.
Pemberontak menuduh pentadbiran Filipina tunduk kepada kepentingan Amerika Syarikat dan gagal memperbaiki kehidupan rakyat miskin. Mereka disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika dan Kesatuan Eropah. – AP

0 comments:

Post a Comment