JOHOR BAHRU – Lima maut, seorang kritikal manakala dua lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori di Bukit Kangkar, Ledang, 5.30 pagi tadi.
Dalam kejadian terbabit, tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Mangsa yang terbunuh ialah Basiron Kasiran, 70 dan isterinya, Rokiah Osman, 61 serta dua adik Rokiah iaitu Mahani 57 dan Jasilah, 46.
Turut maut dalam kejadian itu ialah ibu saudara adik beradik berkenaan dikenali sebagai Ramlah Bakar, 66.
Keluarga itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Parit Amat, Jalan Junid, Muar selepas menziarahi adik mereka yang meninggal dunia di Kuantan, Pahang. – BH Online
0 comments:
Post a Comment