Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Pemenang American Idol musim pertama, Kelly Clarkson dilaporkan sudah berkahwin dengan tunangnya, yang juga merupakan pengurusnya, Brandon Blackstock di sebuah ladang anggur di Tennessee, Amerika Syarikat, Ahad lalu.

Clarkson menulis di laman Twitternya, “saya akhirnya bergelar isteri Blackstock. Kami berkahwin semalam di sebuah ladang di Tennessee, sebuah tempat perkahwinan yang sangat cantik!”.

Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Clarkson sementara yang kedua buat suaminya yang mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, Savannah, 12, dan Seth, 6.

Penyanyi lagu hits Stronger dan Mr Know It All itu turut mengimpikan dua orang anak untuk memeriahkan rumah tangga yang baru dibinanya itu.

Pasangan ini bertunang pada Disember tahun lalu.



Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment