Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 3, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan menguatkuasakan larangan ke atas pembayar cukai ingkar keluar negara.

LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, untuk tujuan itu agensi tersebut sedang mempergiatkan usaha mengenal pasti pembayar cukai ingkar terbabit.

“Kami sedang mengenal pasti pembayar cukai yang gagal menjelaskan cukai tertunggak mereka.

“Selain daripada pengeluaran surat peringatan dan notis cukai tertunggak kepada pembayar cukai yang ingkar, LHDN turut menguatkuasakan tindakan melarang mereka meninggalkan negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan larangan itu berdasarkan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976).

Tambah kenyataan itu, larangan ke atas mana-mana pembayar cukai itu hanya ditarik balik selepas cukai tersebut dibayar sepenuhnya.

Tegas kenyataan itu, tindakan larangan meninggalkan negara ini bagaimanapun dkenakan hanya selepas pelbagai usaha pemungutan gagal akibat kedegilan pembayar cukai. – LHDN

0 comments:

Post a Comment