Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 3, 2013

No Comment
JOHOR BAHRU – Seorang pemandu van kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di tepi Sungai Skudai di Ladang Senai, Senai bulan lepas.

G Vignesh, 22, didakwa membunuh K Endran, 20, antara pukul 11 malam pada 17 Sept dan 12.30 pagi 18 Sept.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh yang faham dengan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati itu ketika dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Johor Baharu Nurizah Mustafa.

Nurizah kemudian menetapkan sebutan semula kes dilakukan di Mahkamah Majistret Kulaijaya pada 19 Nov bagi proses lantikan peguam dan menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment