Penulis dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan hasil karya buku berkaitan penyiasatan dan ketenteraan meninggal dunia Selasa lepas pada usia 66 tahun.
Tom Clancy telah menulis lebih 25 karya fiksyen dan bukan fiksyen termasuk novel karya tahun 1984 bertajuk The Hunt for Red October, Patriot Games dan Clear and Present Danger.
“Beliau ada seorang penulis yang lengkap dalam mencipta jalan cerita thriller zaman moden, beliau adalah antara penulis dengan imaginasi tinggi ketika ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penguin David Shanks dalam satu kenyataan.
Penguin ialah syarikat penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan karya Clancy di New York.
Menurut Shanks, beliau akan terlalu merindui karya penulis itu dan penulis itu pasti dirindui oleh jutaan pembaca setia karyanya dari seluruh dunia.
Menurut laporan akhbar Baltimore Sun, Clancy yang berasal dari Maryland meninggal dunia di Hospital John Hopkins.
Clancy menulis novel beliau dengan menampilkan jalan cerita berkaitan era perang dingin dengan memberi fokus kepada cerita pengintipan dan juga sains ketenteraan yang dijelaskan secra terperinci.
Mendiang pernah berkata, perbezaan di antara karya fiksyen dan realiti ialah karya fiksyen mesti diyakini ia tidak mustahil berlaku walaupun ia direka-reka.
Bagi Presiden Syarikat Putnam yang turut berada dalam Kumpulan Penguin Ivan Held berkata menerbitkan buku karya mendiang Clancy merupakan satu langkah yang mengujakan pada setiap karyanya.
Selain karya novel, Clancy turut melesenkan namanya untuk digunakan dalam satu permainan video seperti Tom Clancy’s Splinter Cell : Blacklist yang dikeluarkan pada Ogos lalu oleh syarikat pengeluar permainan video Ubisoft.
Clancy juga merupakan seorang daripada pemilik Kelab Baseball Baltimore Orioles.
0 comments:
Post a Comment