Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 3, 2013

No Comment

Berikutan langkah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan 2013) yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, kerajaan kini berkuasa menahan suspek tanpa perbicaraan untuk tempoh dua tahun.

Cubaan wakil rakyat dari pakatan pembangkang untuk menggagalkan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan di Parlimen dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada pukul 12.50 malam, semalam.

Pembangkang betul-betul marah apabila kerajaan cuba untuk mengembalikan semula undang-undang yang membolehkan penahanan tanpa bicara ini, dengan mendakwa ia undang-undang zalim dan tidak mengendahkan hak asasi manusia.

Menerusi laporan malaysiakini hari ini, tampil menyokong pindaan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat kerajaan terpaksa memperkenalkan semula undang-undang sebegitu ekoran peningkatan kadar jenayah sejak akhir-akhir ini.
Kataya, Najib tentunya tidak menjangka bahawa program transformasi yang antara lainnya melibatkan pemansuhan undang-undang Ordinan Darurat 1969, menjadikan kejadian jenayah terutamanya jenayah tembak dan bunuh meningkat.

Beliau mempertahankan tindakan Najib memperkenalkan semula kuasa tersebut, melalui pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah yang diluluskan parlimen semalam.

“Ya dia berjanji (hapus kuasa tahan tanpa bicara) tapi dia tak jangka jenis-jenis jenayah yang telah dilakukan selepas undang-undang itu dimansuhkan.

“Awak pun tak jangka, saya pun tak jangka. Lihat jenayah yang berlaku – kita berjalan pun sudah tak selamat lagi,” katanya mengulas mengenai pindaan ke atas undang-undang Akta Pencegahan Jenayah itu.

Sumber : Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment