Mungkin ramai yang lebih berminat dengan teknologi jam pintar yang dilancarkan oleh Samsung, Galaxy Gear berbanding mana-mana jenama lain.
Namun, mungkin ada di antara anda yang masih ingat Sony juga telah melancarkan jam pintar siri SmartWatch mereka Jun lalu.
Sony SmartWatch telah dilancarkan bersama Sony Xperia Z Ultra dan kini telah berada di pasaran Malaysia. Terdapat dua variasi bagi jam pintar oleh Sony ini; tali besi berwarna hitam (RM850) dan tali getah (RM780).
Kedua-dua variasi Sony SmartWatch 2 mempunyai perkakasan yang sama, skrin 1.6 inci 220 x 176 LCD, Bluetooth 3.0, NFC dan sokongan bagi kebanyakan telefon pintar Android.
Untuk melihat dengan lebih jelas, Lowyat.net telah memuatnaik sebuah video berkenaan dengan peranti baru ini.
0 comments:
Post a Comment