Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perikanan Terengganu menahan dua bot pukat tunda yang menggunakan saiz mata keroncong pukat berukuran kurang dari 38 milimeter yang dikuatkuasakan 1 November lalu.

Seramai 32 nelayan di dalamnya ditahan kira-kira pukul 1.30 petang semalam oleh sepasukan anggota penguatkuasa perikanan hasil maklumat nelayan tempatan, pada jarak 80 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, ketika ditahan nelayan terbabit sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat bersaiz antara 24 hingga 26 milimeter berhampiran pelantar minyak Dulang.

Katanya tangkapan berkenaan adalah yang pertama dilakukan sejak penguatkuasaan saiz pukat diwartakan.

“Ketika ditahan, nelayan ini sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dan siasatan lanjut kita dapati dua bot berkenaan didapati bersalah menggunakan pukat tunda kurang daripada saiz yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya mengesan helah sebuah bot nelayan Vietnam yang menyamar dengan menggunakan nombor pendaftaran dan bendera Kelantan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya siasatan mendapati bot berkenaan tidak didaftar manakala nelayan terbabit juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Kesemua nelayan yang berusia 20 hingga 65 tahun itu ditahan untuk tindakan mahkamah di bawah Akta Perikanan 1985.

Jabatan Perikanan turut merampas hasil tangkapan bernilai RM30 ribu ringgit serta bot dan peralatan menangkap ikan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment