Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd, dalam langkah untuk mengembangkan operasinya, akan terbang ke Nagoya, destinasi ketiganya di Jepun pada Mac tahun depan selepas Tokyo dan Osaka.

Ketua pegawai eksekutif Azman Osman-Rani berkata syarikat penerbangan kos rendah itu akan memulakan penerbangan empat kali seminggu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di Nagoya dari Kuala Lumpur.

Sempena destinasi baharu itu, AirAsia X akan menawarkan tawaran diskaun untuk laluan itu daripada serendah RM199 untuk tempat duduk ekonomi dan RM699 bagi tempat duduk premium ke Nagoya.

Tempahan dalam talian boleh dibuat mulai 19-24 November, 2013 untuk tempoh perjalanan antara 17 Mac dan 5 Ogos, 2014, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Ini menandakan satu lagi pencapaian bagi AirAsia X dan menekankan komitmen pengembangan di pasaran utama operasi kami di rantau Asia Pasifik.

“Dengan penambahan destinasi ke Nagoya, penumpang mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk meneroka Jepun dan syarikat penerbangan kami telah membawa lebih setengah juta penumpang ke dan dari Jepun,” katanya, menambah bahawa Jepun telah menyumbang lebih 14 peratus jumlah perolehan AirAsiaX dalam setengah pertama tahun ini.

Azman berkata penumpang Jepun boleh terbang ke beberapa destinasi dari Kuala Lumpur, menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia, yang membolehkan penumpang menyambungkan dua penerbangan berbeza dengan mudah melalui Terminal Penerbangan Kos Rendah tanpa perlu melalui dua kali proses daftar masuk. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment