Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

SEMPORNA – Aktiviti pelancongan di sekitar Semporna tidak terjejas walaupun terdapat satu insiden pembunuhan dan penculikan terhadap pelancong warga Taiwan di Pulau Pom Pom dekat sini Jumaat lepas.

Tinjauan Bernama di sekitar Semporna hari ini terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Sipadan menyaksikan masih ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang masih datang.

Pemilik sebuah resort di Pulau Sipadan, Sim Kim Yaw, 60, berkata insiden yang berlaku dua hari lepas itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pusat peranginannya serta yang lain.

“Masih banyak pelancong datang ke sini dan tiada sebarang perubahan seperti kekurangan pelancong. Sebelum kejadian itu, setiap hari saya menerima lebih daripada 30 orang pelangan dan sekarang pun saya masih menerima pelangan seramai itu.

“Sebelum kejadian, saya juga menerima banyak tempahan dan tiada satu pun pelancong yang membatalkan tempahan walaupuan ada insiden seperti itu,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Seorang pekerja bot, Ryan Sanati berkata suasana di jeti tempatnya bekerja adalah seperti biasa kerana beliau dan rakan-rakannya masih menerima banyak kerja seperti mengangkat barang-barang pelancong ke bot.

“Kes yang berlaku di Pulau Pom Pom tidak memberi kesan buruk kepada kami kerana kami sentiasa menerima kerja dari pelancong yang datang ke sini dan saya rasa kejadian itu tidak akan menghalang para pelancong untuk datang ke sini,” katanya.

Seorang pemandu bot Sukarno Mandagan juga berkata kes yang berlaku di Pulau Pom Pom tidak mendatangkan masalah kepada para pengusaha bot di situ.

“Masih banyak lagi pelancong yang menaiki bot kami untuk ke pulau yang ingin mereka pergi seperti Pulau Bum Bum, Pulau Mabul, dan Pulau Sipadan dan ini menunjukkan kes yang berlaku itu tidak memberi kesan kepada kerja seharian dan aktiviti pelancongan di sini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi Jumaat lepas itu, seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak dan seorang wanita dipercayai isterinya dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment