Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan talian khas bagi memudahkan orang ramai menyemak nilai hartanah mereka di ibu negara.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa berkata, talian bebas tol tersebut adalah 1-800-220-833.

“DBKL telah mengeluarkan dan mengedarkan Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian Hartanah kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur.

“Talian bebas tol ini memudahkan mereka untuk membuat semakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Ismail menyeru pemilik hartanah di ibu negara supaya membuat semakan tersebut melalui talian berkenaan.

Katanya, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai notis semakan berkenaan boleh juga diperoleh dengan menghubungi talian itu.

“Talian ini aktif pada waktu pejabat sahaja. Pemilik hartanah dinasihatkan berhubung terus ke talian tersebut bagi mengelakkan sebarang keraguan,” katanya.

SiakapKeli pada 14 November lalu melaporkan isu mengenai cukai taksiran pintu di ibu negara yang dibangkitkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan.

DPP Wilayah Persekutuan mendakwa kadar cukai taksiran pintu 2014 yang dikenakan ke atas pemilik rumah dan premis di ibu negara dinaikkan sekali ganda berbanding.

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin dipetik berkata, perkara itu maklumkan oleh DBKL melalui Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian yang diedarkan awal minggu ini kepada semua pemilik rumah dan premis di Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun menjelaskan, cadangan untuk menaikkan kadar cukai taksiran pintu sekitar ibu kota mengikut nilai hartanah semasa wajar dan bukan bertujuan membebankan rakyat.

Ia kerana sudah 21 tahun cukai itu tidak dinaikkan dan ada harga rumah di Kuala Lumpur kini bernilai lebih RM1 juta tetapi masih membayar kadar cukai pintu pada kadar lama.

Tengku Adnan turut menjelaskan notis penyelarasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

0 comments:

Post a Comment