Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment
Zaitun (kanan) melihat keadaan Wan Kamariah yang terlantar mengidap kanser payudara.

KUANTAN  - “Hanya ALLAH SWT  yang tahu rasa sakit ini, berdenyut-denyut sehingga tak dapat tidur malam,” demikian luahan Wan Kamariah Wan Hassan, 53, yang mengidap kanser payudara tahap empat sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kanser tersebut semakin merebak dua tahun kebelakangan ini sehingga keadaan dirinya semakin lemah.

“Kanser menyerang payudara bahagian kiri dan kini hampir merebak ke bahagian kanan.

“Dua bulan lalu, saya tak mampu bangun, hanya terlantar di katil sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cempaka pada Program Ziarah Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan, Datuk Zaitun Mat, di sini.

Suami Wan Kamariah, Sallehuddin Jusoh, 53, turut mengalami masalah kesihatan apabila mengidap asma kronik.

Sementara itu, Zaitun berkata, pihaknya hadir melawat Wan Kamariah bagi membantu ibu enam anak itu mendapatkan katil khas yang lebih selesa.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Wan Kamariah memerlukan kemudahan itu dan memerlukan bantuan kewangan.

“Diharap Wan Kamariah kuat dan bersabar dengan dugaan ini. Kita akan bantu sumbangkan keperluannya,” katanya kepada Sinar Harian. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment