Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di wilayah Timor pada pukul 5.31 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui satu kenyataan memberitahu, pusat gempa itu terletak 31 kilometer (km) tenggara dari Kupang, Indonesia.

“Pusat gempa terletak 1,666 km arah tenggara Sarikei, Sarawak,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak mengeluarkan ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Tambah kenyataan itu, JMM akan memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan situasi semasa.

0 comments:

Post a Comment