Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 3, 2013

No Comment

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengkaji 232 syor yang dicadangkan dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai prestasi Hak Asasi Negara di Geneva, Switzerland, baru-baru ini.

Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam di dalam Proses UPR (MuslimUPRo), Azril Mohd Amin berkata, komitmen itu dinyatakan perwakilan tetap Malaysia ke Geneva, Datuk Mazlan Muhammad dalam ucapan sesi penutup ketika penerimaan awal draf laporan tersebut, kelmarin.

“Penerimaan muktamad laporan bagi Malaysia pada pusingan kedua sesi UPR 2013 ini hanya akan dilakukan semasa sesi ke-15 Majlis Hak Asasi Manusia (OHRC), pada Mac tahun depan. Respons terhadap kesemua syor akan diberikan sebelum waktu itu.

“Bagaimanapun, draf laporan penerimaan awal semalam (kelmarin) memberikan gambaran umum tentang respons negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap rekod hak asasi manusia (HAM) Malaysia yang sah dan berkredibiliti,” katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, perwakilan Malaysia juga mengulangi komitmen mereka untuk mencapai sasaran dalam aspek HAM dan mengambil kira kepelbagaian, keunikan realiti, nilai sosiobudaya dan aspirasi ekonomi serta politik negara.

Dalam pada itu, Azril berkata, dalam sesi UPR anjuran seliaan Majlis Hak Asasi Manusia PBB, pelbagai saranan dikemukakan 104 negara kepada Malaysia dan kebanyakan cadangan itu selari dengan kandungan tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Selain Comango, negara seperti Poland, Latvia, Sierra Leone, Benin, Uruguay, Ireland, Slovenia, Mesir dan Slovakia menuntut Malaysia untuk menandatangani ‘International Convenant on Civil & Political Rights’ (ICCPR).

“Isu pengiktirafan hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) juga disarankan negara seperti Jerman. Croatia, Perancis dan Argentina. Selain itu, perwakilan Iran pula kemukakan tuntutan mengizinkan amalan dan penyebaran Syiah di negara ini,” katanya.

Tuntutan itu, katanya, membuktikan kebenaran dakwaan MuslimUPRo mengenai niat tidak baik Comango yang dianggotai 54 Comango untuk mencemarkan nama baik negara di peringkat antarabangsa melalui tuntutan tidak munasabah.

“MuslimUPRo berkongsi pendirian dengan Kerajaan Malaysia melalui Ketua Delegasinya, Datuk Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala, Kementerian Luar untuk meningkatkan perhatian dan tindakan bagi memperbaiki HAM di negara ini.

“Namun, kami konsisten dengan pendirian bahawa sebarang keputusan dan tindakan menjalankan HAM hendaklah mengikut lunas dan kerangka Perlembagaan Persekutuan khususnya kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment