Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan dua pelantikan baharu di peringkat Lembaga Pengarah MPB berkuatkuasa hari ini.

Mereka ialah Datuk Fateh Iskandar Mohamed, 45, dan Lydia Anne Abraham, 56.

Media Primadalam satu kenyataan memberitahu, Fateh Iskandar dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan.

“Beliau adalah Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif dan telah dipilih menganggotai Lembaga Pengarah Media Prima pada 4 September 2009.

“Fateh Iskandar turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penamaan, Jawatankuasa Imbuhan serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko Media Prima,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu. Lydia Anne pula dilantik ke Lembaga Pengarah Media Prima sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Matematik dari Universiti Essex, United Kingdom dan Diploma Tinggi Kebangsaan dari Plymouth Technology, United Kingdom.

Lydia Anne pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Cisco Systems Sdn. Bhd. dan di SAP Malaysia sebagai Pengurus Negara.

Beliau kini menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Leadwomen Sdn. Bhd..

Sementara itu, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar berkata, pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan pelan strategik untuk mengukuhkan kedudukan syarikat itu.

“Kami mengalu-alukan pelantikan ini untuk sama-sama berusaha bagi terus meningkatkan nilai Media Prima,” katanya.

0 comments:

Post a Comment