Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan bersetuju dengan saranan agar tempoh operasi kedai makan 24 jam disemak semula dalam usaha menangani obesiti, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya satu kajian lanjut mengenai perkara itu boleh dilaksanakan oleh pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan mengeluarkan garis panduan bagi mengehadkan tempoh operasi kedai terbabit.

“Walaupun kementerian setuju supaya kedai makan 24 jam ini dikurangkan, namun yang lebih utama sebenarnya adalah kesedaran individu itu bagi mengawal pemakanan mereka sekali gus mengelakkan obesiti,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Noraini ingin tahu sama ada kementerian itu bercadang untuk mengehadkan tempoh operasi restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti rakyat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment