Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment
HUSAM MUSA

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menjangkakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan sepenuhnya selepas PRU14.

Menurutnya, jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk tarikh dijadualkan pelaksanaan iaitu pada 2015 yang terlalu hampir dengan PRU14.

“Saya menjangkakan GST tidak akan dikenakan secara menyeluruh pada permulaan iaitu  2015, sebaliknya kesan sebenar cukai berkenaan hanya dapat dirasakan selepas PRU14," katanya  ketika mengulas isu GST pada program Sembang Politik, semalam.

Oktober lalu, ketika membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST bermula 1 April 2015, yang antara lainnya akan membantu meningkatkan hasil kerajaan.

Husam yang selari dengan pendirian Pas dan PR menolak GST yang disifatkan membebankan rakyat.

0 comments:

Post a Comment