Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KEMAMAN – Seorang pelajar tahun lima yang dilaporkan hilang di Loji Air Sungai Pinang sejak dua hari lepas ditemui lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata mayat Mohd Shafie Mohd Amin, 11, ditemui pukul 9 pagi ini oleh pasukan penyelamat.

“Operasi mencari mangsa melibatkan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung berhampiran lokasi dia dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Che Suza berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sabtu lepas Mohd Shafie dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing di loji air berkenaan.

Dalam kejadian 3.30 petang itu mangsa bersama rakannya berusia 21 tahun berada di dalam bot gentian kaca sebelum bot berkenaan terbalik dan kedua-duanya terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya berenang menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment