Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

KLANG – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau berharap pemilihan parti bulan depan akan berjalan lancar dan tidak mencetuskan krisis.

Katanya, parti itu sudah tiada kemampuan politik untuk terbabit krisis dalaman kerana “kita sekarang berada di tahap paling rendah dalam sejarah MCA”.

“Jika kita terus bergaduh, kita akan lenyap,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Selangor, di sini hari ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga menggesa pemimpin parti bekerja sebagai satu pasukan selepas pemilihan berakhir dan menegaskan bahawa kepimpinan baharu mesti merangkumi semua puak untuk bergerak ke hadapan.

“Ini pemilihan parti, tidak wujud konsep yang menang kaut semua atau yang kalah hilang segalanya,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment