Tabung Haji
KUALA LUMPUR - Penerbangan jemaah haji, KT31 melalui Saudi Airlines SV5616 yang dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada pukul 8.50 malam tadi, kini dijadualkan semula untuk tiba pada 12.50 tengah hari, hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan malam tadii memaklumkan penjadualan semula tersebut melibatkan seramai 450 jemaah haji.
"Kesemua jemaah haji yang terlibat berada dalam keadaan baik di bawah penjagaan Saudia Airlines dan sedang berehat sementara menunggu waktu perlepasan penerbangan baru yang dijangka pada 11 malam (waktu Arab Saudi)," menurut kenyataan itu.
TH dan Saudia Airlines memohon maaf di atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan anggota keluarga dinasihati menghubungi KLIA atau Pusat Panggilan TH di talian 03-62071919 untuk mendapatkan waktu ketibaan terkini selepas pukul 7 pagi. - Bernama
0 comments:
Post a Comment