KOTA TINGGI – Bukan sahaja pentadbiran negeri Kedah kecewa dengan kehilangan tapak bersejarah yang berharga.
Artifak dan khazanah dari Johor juga turut dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dengan kebanyakan daripada harta karun berkenaan diperoleh daripada ibu kota pentadbiran lama negeri iaitu Johor Lama.
Lebih memburukkan keadaan semakan The Star di e-Bay dan beberapa laman web lain mendedahkan satu kebenaran mengejutkan kerana bukan itu sahaja malah artifak bersejarah dari Perak dan Melaka juga turut dilelong.
Khazanah yang bernilai jutaan ringgit ini, terdiri daripada emas, perak dan duit siling timah, mata wang berbentuk binatang, ‘celadon’ pasu ‘terracotta’, seramik biru dan putih Cina serta senjata.
Penjualan barangan purba tersebut telah berlansung secara sulit sejak 40 tahun lalu, turut menarik minat pengumpul barangan antik persendirian dari Malaysia serta Singapura. – mStar Online
0 comments:
Post a Comment