Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 15, 2013

No Comment

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelmarin bahawa mereka telah menggagalkan komplot untuk mengebom Lapangan Terbang Mid-Continent di Wichita, Kansas. Kejayaan itu susulan penangkapan seorang lelaki yang mengaku beragama Islam dan pernah menyatakan untuk melakukan jihad bagi pihak pergerakan Al-Qaeda.

Suspek, Terry Loewen yang bekerja sebagai seorang juruteknik penerbangan dari Wichita ditahan awal pagi kelmarin ketika cuba memasuki lapangan terbang itu dengan memandu sebuah kenderaan berisi bahan letupan.

“Dia merancang meletupkan bom berkenaan dan mahu mati dalam serangan tersebut,” kata pihak berkuasa.

Loewen disiasat oleh Pasukan Petugas Bersama Wichita sejak awal musim panas tahun ini. Dia merancang komplot pengeboman itu bersama beberapa individu yang dianggap rakan konconya.

Namun, mereka sebenarnya ialah ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar.

Loewen menganggap seorang ejen rahsia itu merupakan anggota kumpulan pengganas AQAP yang bergerak aktif di Yemen.

Ejen berkenaan membantu Loewen membina bom tersebut.

“Namun, suspek tidak tahu bahawa bom itu tidak akan meletup,” kata pendakwa raya Daerah Kansas, Barry Grissom.

Menurutnya, Loewen turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan melakukan serangan keganasan untuk meragut seberapa banyak nyawa yang boleh.

Suspek telah didakwa di sebuah Mahkamah Persekutuan AS kerana cuba menggunakan senjata pemusnah besar-besaran dan merosakkan harta benda menggunakan bahan letupan. – Reuters

0 comments:

Post a Comment