Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 27, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad bahawa kerajaan perlu menggunakan pendekatan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barang dalam usaha merasionalisasi subsidi.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, seperti Mahathir, beliau juga berpandangan usaha kerajaan menstabilkan kewangan negara dengan menarik subsidi bukan sebagai jalan tepat bagi menjaga kos sara hidup rakyat.

“DPP Perak yakin terhadap kebimbangan Mahathir tentang pentadbiran kerajaan dan pengurusan kewangan akan memberi kesan terhadap kos sara hidup yang tinggi dan menggagalkan negara untuk mencapai misi Negara Maju menerusi Wawasan 2020.

“Jika kos sara hidup rakyat dibebani, mana mungkin Wawasan 2020 akan tercapai dibandingkan pendapatan rakyat dan perbelanjaan yang tidak seimbang berkaitan keperluan harian rakyat selama ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan kos hidup rakyat bertambah tetapi pendapatan mereka kekal seperti biasa sedangkan keseimbangan amat perlu untuk menjadi sebuah negara maju.

Dakwanya, kerajaan perlu mengurangkan kos pentadbiran akibat ‘kebocoran’ atau salah urus tadbir yang berlaku.

Mahathir semalam menasihatkan kerajaan agar menggunakan pendekatan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barang dalam usaha merasionalisasi subsidi.

Kata Mahathir, meskipun menyedari bahawa kerajaan memerlukan sumber kewangan yang besar untuk menguruskan negara, beberapa langkah penjimatan bagi mengurangkan kos boleh dilaksanakan untuk tujuan yang sama.

0 comments:

Post a Comment