KUALA TERENGGANU – Sambutan Hari AIDS sedunia peringkat kebangsaan 2013 akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini Isnin ini dengan menampilkan beberapa acara menarik.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata beberapa artis dan selebriti tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Najwa Latiff, Bob Yusof (AF) dan Fahrin Ahmad akan membuat persembahan.
Beliau berkata majlis itu dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Katanya orang ramai dijemput hadir bagi memeriah dan meraikan majlis sambutan itu yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 4 petang. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment